26 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniProgram Mempromosi Usahawan Dibawah Team Mdps (Ayu Pencawang)
Pada 25 Mei 2017 telah berlangsung Program mempromosi usahawan dibawah team MDPS (Ayu Pencawang). Program berlangsung dikedai makan milik Shahadan Bin Mohammad. Program ini bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir kira-kira jam 6.30 Petang. Sepanjang lawatan ini kami dapat mempelajari cara penyediaan makanan seperti Jagung Bakar, Lokceng, Laksa dan pelbagai lagi serta mendapat informasi berkenaan selok-belok perniagaan kedai makan. Disamping itu menimba sedikit ilmu dari pengusaha Ayu Pencawang tentang cara penjualan dan perniagaan yang dijalankan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.
Selain itu, Program ini juga di harap dapat membantu ushawan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk menaiktaraf pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: